30 November 2011

Jangkauan Aku


Apa erti sayang ? Apa erti kasihan ? Dan apa erti benci ?


Aku masih lagi keliru dengan diriku ini. Aku tidak mengerti apa yang aku rasakan. Adakah ini yang dinamakan sayang, atau kasihan, atau ianya adalah benci ? Begitu mudah aku jatuh cinta tetapi hikmah yang Maha Esa tetap menyuluh hati mengatakan itu bukanlah jodoh untukku. Aku berserah soal jodoh dan hati ini kepada yang Maha Esa.

Aku tidak ingin hilang tumpuan dan fokus terhadap tanggungjawabku. Aku telah dididik untuk menghormati orang dan hak mereka. Aku juga telah menanam niat untuk membantu sesiapa sahaja yang aku temui apabila memerlukan. Biarlah apa jua caranya, aku tetap memberikan yang terbaik, walaupun ia mengundang bencana pada diri ini. Aku tidak peduli tomahan dan cacian yang dilemparkan. Biarlah apa yang berlaku, aku tetap aku. Aku seorang yang degil namun tetap mendengar peendapat orang lain. Ini adalah diri aku yang sebenar.

Aku ingin menjadi seorang pemimpin. Pemimpin yang kaya dan mempunyai hak dan kekuatan. Aku juga ingin menjadi pemimpin yang penyabar. Pengalaman telah mematangkan diriku ini. Mengapa aku katakan pemimpin yang kaya, Aku ingin menjadi pemimpin yang kaya harta di dunia dan kaya ibadah di dunia dan akhirat. Dengan harta ku miliki, aku akan menolong mereka yang memerlukan kerana harta itu adalah hak bersama. Tidak ada yang kekal melainkan iman kepada Allah S.W.T.

Rakan,
'Hidup lama yang gemilang ... Hidup baru ape citer?'
Hidup lama memang gemilang. Namun biarlah aku semadikan sebagai kenangan seorang insan bergelar remaja meniti saat-saat muda. Aku harus berubah. Aku harus menjadi matang. Aku harus berdepan dengan kebenaran yang hakiki. Jangan biarkan diri dipengaruhi oleh rakan-rakan. Biarlah kita yang mempengaruhi pemikiran mereka. Aku ingin membawa mereka ke zaman gemilang. Zaman penuh keredhaan dan keamanan.

Inilah yang dikatakan sayang. Sayang kepada diri sendiri kerana dirimu umpama kain putih yang telah diconteng dengan arang dan harus dicuci dengan air yang bersih.

Kasihan, aku melihat rakan-rakan yang leka dan melupakan dunia sendiri apabila masuk ke alam hitam. Alam yang aku ingin lupakan. Aku pernah merasa semuanya. Namun aku tidak berbangga. Kerana setiap ceruk ku lalui aku menemui saudaraku. Aku ingin membawa mereka keluar namun aku belum berkuasa. Aku belum mampu. Di situlah kekayaan memainkan peranan walaupun hanya sedikit tetapi ia mampu mengubah segalanya. 

Aku benci melihat mereka gembira dengan menjatuhkan maruah sendiri. Terutama puteri-puteri yang aku anggap rakan-rakanku. Bagaimanakah mereka sanggup memperjudikan nasib kepada para buaya daratan. Aku ingin membawa mereka keluar. Buaya-buaya itu akan ku jadikan rakan-rakanku. Biar aku mempengaruhi pemikiran mereka.

Aku mempunyai perasaan. Perasaan ingin mengubah segalanya yang tidak sepatutnya. Aku akan berjaya.

Aku telah berjanji pada diriku untuk memimpin mereka ke zaman gemilang. Insyaallah akan akuu tunaikan. Aku ingin membina singgahsana yang mampu untuk aku ketuai demi mendapatkan keredhaan. Aku harus bertindak kerana ia adalah sebahagian daripada tanggungjawabku kepada mereka. Siapakah mereka ? Tepuk dada tanya selera.

Aku mempersiapkan diriku sejak dari awal lagi. Aku mempunyai visi untuk melihat keamanan dunia.
Aku tidak dapat leka. Aku harus tunaikan tanggungjawabku dahulu. Aku mampu mengubahnya.

Di sebalik apa yang aku sampaikan, terlalu mudah ditolak. Tidak mengapa, mereka akan menerimanya juga nanti. Aku mengimpikan untuk Menjangkau Globalisasi. Dua patah perkataan yang penuh makna. Lihat diri sendiri dan nilailah jangkauan anda.

No comments: