21 February 2012

Bicara tentang Mati

Terlalu ramai sahabat di sekelilingku berbicara tentang mati. Tidak semudah itu kita mati. Dan tidak semudah itu kita menghadapi kematian seseorang. Mati itu lumrah manusia, namun ajal maut bukan kita tentukan. Aku telah menghadapi kematian orang yang aku amat sayangi, aku telah menghadapi kematian insan bergelar sahabat dan aku telah menghadapi saat sulit mengebumikan orang yang paling ku sayangi.

Sungguh perit dan hiba rasa di hati, namun itulah tanggungjawab sebagai seorang muslim. Tanggungjawab sebagai seorang anak, dan tanggungjawab sebagai seorang sahabat.

Biarlah ku mulakan bicara tentang mati. Sahabatku, Ahmad Nur Dinnie Bin Mohd Yunus. Kenalanku, rakanku dan paling penting saudara seangkatan denganku. Allaryarham meninggal dunia ketika menjalani latihan water confidence semasa menuntut di tahun satu (1) di KTU. Seorang periang dan sentiasa menolong kawan-kawannya. Namun, dia meninggal kerana lemas. Dia meninggal semasa aku menjalani latihan kem tahunanku. Aku hanya menyedari berita pemergiannya seminggu selepas aku tamat latihan. Sungguh hiba apabila menjadi orang terakhir mengetahui pemergiannya kepada Ilahi. Tak mampu ku ucap dengan kata-kata tetapi aku redha dia pergi menyahut seruan Ilahi. Hati ini tidak tenang kerana sahabat ku anggap sebagai saudara seangkatanku telah tiada. Tiada lagi senyum dan gurau senda. Aku terkenang semasa menuntut di MTD dahulu. Dia sering kali singgah untuk melawat kelas aku. Dia banyak menolongku. Biar umurnya muda setahun namun dia lebih berpengalaman dariku. 


Bicara tentang mati membuka mataku bahawa dunia ini luas dan penuh dengan dugaan dari-Nya.

No comments: