02 January 2013

Konjeng Studio

Ku undurkan putaran waktu. Mengimbas kembali September 2011. Ku dipertemukan dengan mereka. Bertemu sebagai ajnabi dan membawa diri tanpa bicara pembuka hati. Ku mula mengenali setiap daripada mereka. Ragam mereka tidak ku fahami. Terdetik di hati ini, berbicara mengatakan mereka membawa haluan sendiri tanpa melihat diri ini.

Namun, Ku salah. Ku akui aku salah. Mereka bukan seperti apa yang hati ini berbicara. Mereka mempunyai potensi. Potensi sebagai seorang kawan, sahabat dan keluarga. Setiap daripada mereka memberi nafas baru di dalam diri Ku.

Bermula dengan 15 orang, kemudian bertambah menjadi 17 orang. Namun pada semester 03 ini, kami bersatu sebagai 21 orang. 3 jejaka dan 18 bunga-bunga. Mereka mengajar aku erti seorang sahabat. Mereka mengingatkan Ku kembali kepada diri Ku. Aku akan memimpin mereka ini. Demi Allah Yang Maha Berkuasa, Ku akan memimpin mereka menjadi insan yang mampu bersaing dan membawa diri ke arah kejayaan. Inilah tanggungjawab Ku sebagai seorang Amir.

Ku akui, akan Ku rindui setiap daripada mereka sebaik ku melangkah pulang ke Kuching, Sarawak. Demi menjalani latihan praktikal, Ku gagahi untuk menyimpan rasa rindu di hati. Sesungguhnya ku selesa bersama setiap daripada mereka. Mereka pencetus aku kembali untuk bersemangat. Ku pernah hilang arah dan jauh menjunam ke bumi. Namun mereka menjadi punca Ku bangkit kembali. 

Naluri lelaki Ku mengatakan mereka ini Insyaallah ditakdirkan untuk kejayaan. Setiap orang daripada mereka. Bersama kami merancang, bersama kami bertahan. Hati ini berbicara mereka adalah sebahagian daripada diri Ku yang hilang. Mereka melengkapkan diri Ku ini. Aku hanyalah insan biasa yang dibesarkan di Kuching, diperkenalkan dengan dunia pengakap, membawa diri ke arah duniawi ketenteraan dan di UiTM  Ku mematangkan pemikiran Ku sebagai pemimpin. Ku seorang yang keras namun mereka inilah yang berjaya melembutkan hati Ku ini.

Alhamdulillah, Ku bersyukur dipertemukan dengan mereka ini. Terima kasih kerana mengingatkan Ku bahawa diri ini masih seperti dulu. Seorang yang riang dan bukannya diri Ku yang dibentuk oleh duniawi ketenteraan Ku.































No comments: